Pada tahun ini buat julung-julung kalinya Pusat Sumber Sekolah akan menganjurkan Bulan Membaca, demi menyahut saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang menjadikan bulan April sebagai Bulan Membaca.
Di antara objektif program ini ialah:
:: Memupuk minat pelajar untuk membaca dan mendapatkan ilmu pengetahuan.
:: Memupuk potensi individu pelajar khususnya dalam melahirkan idea dan hujah serta berani dan berkeyakinan.
:: Melatih pelajar berdisiplin dan amanah dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.
Di peringkat sekolah, Bulan Membaca akan dilaksanakan bermula dari 10 Mei hingga 26 Jun 2010.
Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh semua pihak yang terlibat. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan daripada semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada para pelajar.