Selamat Kembali Faruq & Ridwan
Posted by faris_sis on March 27 2010 13:13:54
Pada 21 Mac lalu, dua orang pelajar ini telah kembali ke sekolah semula untuk meneruskan perjuangan di samping mengharumkan nama sekolah. Mereka telah kembali ke Sekolah Izzuddin Shah yang tercinta ini kerana walaupun diri mereka di sana iaitu di Sekolah Menengah Sains Seremban dan Kolej Islam Sultan Alam Shah namun hati mereka tetap di Izzuddin disebabkan pendidik-pendidiknya yang tidak jemu-jemu membantu mereka. Selamat berjuang kepada mereka berdua. SIS Mumtaz 2012.