Sungguhpun sudah hampir dua minggu berlalu, pihak sekolah mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan perayaan Maulidur Rasul pada hari terakhir sekolah, Jumaat 12 Mac 2010.
Bertempat di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, para pelajar dan dan guru-guru berkumpul untuk menyaksikan persembahan marhaban dan nasyid oleh para pelajar. Di samping itu, Ustaz Ahmad Munawir B Salehuldin, guru dan juga bekas pelajar sekolah ini, turut menyampaikan ceramah dan memberikan ucapan terakhir beliau sebelum meninggalkan SIS untuk berkhidmat di Sekolah Raja Dr Nazrin Shah, Kampung Gajah.
Jutaan terima kasih buat Ustaz Ahmad Munawir yang telah banyak menabur bakti kepada SIS. Semoga beliau terus berjaya dalam kariernya sebagai seorang pendidik di mana jua beliau berada.