Kejohanan Sukan Sekolah Ke-40
Posted by admin on March 10 2010 11:24:06
raptai



Kejohanan Olahraga Sekolah Kali Ke-40 telah berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis, 25 Februari 2010 dan dirasmikan oleh Timbalan Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid di Bahagian Pendidikan, JAIPK.



Extended News
sukan

Acara bermula seawal jam 8 pagi dengan acara perbarisan rumah sukan dan badan-badan beruniform. Pada tahun ini, SIS telah menjemput pasukan pancaragam TUDM untuk memeriahkan lagi majlis.

Johan keseluruhan disandang oleh Rumah Sayyidina Ali (Rumah Merah) dan naib johan jatuh kepada Rumah Sayyidina Umar (Rumah Hijau). Pelajar Tingkatan Tiga, Muhammad Solihin Bin Mohd Noor telah dinobatkan sebagai Olahragawan SIS 2010.

Acara sukan berakhir pada jam 1.15 tengahari dengan nyanyian Zikir Wahdah oleh semua pelajar.