• Sejarah
  • Visi & Misi
  • Objektif
  • Lagu Sekolah
  • Lokasi
Laman Utama

Menu Utama

  • Laman Utama
  • Administrator

Kurikulum

  • Guru Kelas 2012
  • Jadual Persekolahan 2012

Kokurikulum

  • Jawatankuasa Kokurikulum
  • Takwim Kokurikulum

Buletin

  • Semasa
  • Arkib
  • Kalendar Peristiwa
  • Guru Bertugas Mingguan

Download

  • Fail Penting

Pautan

  • PPD Kinta Utara
  • Jabatan Pelajaran Perak
  • Majlis Peperiksaan Malaysia

Komuniti

  • Sistem Pengurusan Sekolah
  • E-Waris
  • Webmail
  • Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  • Tempahan Dewan


Selamat Datang ke Laman Utama
NOTIS PINDAAN TARIKH MESYUARAT AGUNG PIBG SIS KALI KE-29 PDF Print E-mail
Written by nur nazihah   
Tuesday, 10 April 2012 10:50

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 14 April 2012 telah dipinda tarikhnya seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 15 April 2012

Hari : Ahad

Masa : 11.30 pagi

Tempat : Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan ke majlis ini amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

 
KEPUTUSAN SPM 2011 PDF Print E-mail
Written by nur nazihah   
Tuesday, 27 March 2012 15:46

KEPUTUSAN SPM 2011

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 telah diumumkan pada 21 Mac 2012 yang lalu. Secara keseluruhannya, keputusan SPM 2011 Sekolah Izzuddin Shah (SIS) telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Banyak mata pelajaran yang mengalami peningkatan antaranya Bahasa Inggeris (peningkatan sebanyak 1.43), Tasawwur Islam (peningkatan sebanyak 1.03), Pendidikan Al-Quran dan Sunnah (peningkatan sebanyak 0.46) dan Fizik (peningkatan sebanyak 0.29).

Secara keseluruhannya, Gred Purata Sekolah (GPS) telah meningkat kepada 2.30 berbanding 2.38 pada tahun 2010 iaitu peningkatan sebanyak 0.08, sekali gus menempatkan SIS di tangga ke-6 dalam negeri Perak. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar SIS, Zulhilmi Aizat bin Ahmad Jaffri yang telah mencatat keputusan cemerlang iaitu 11A (7A+,3A,1A-). Sementara itu, lima orang pelajar mendapat 10A, sembilan orang mendapat 9A dan 12 orang mendapat 8A.

Tahniah diucapkan. Semoga kejayaan mereka menjadi sumber inspirasi buat pelajar-pelajar SIS.

 
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SIS KALI KE-29 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 09 March 2012 09:34

Mesyuarat Agung PIBG SIS Kali Ke-29 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh      :  14 April 2012

Hari         :   Sabtu

Masa       :  11.30 pagi

Tempat   :   Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Sekolah Izzuddin Shah

Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sila kembalikan borang usul (yang telah diedarkan kepada para pelajar) melalui anak tuan/puan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2012, atau hantar secara online di http://izzuddinipoh.com. Sila klik BORANG USUL PIBG untuk mengisi secara online.

Last Updated on Tuesday, 20 March 2012 08:57
 
KEPUTUSAN STPM 2011 PDF Print E-mail
Written by Farina   
Friday, 09 March 2012 08:50

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar SIS, Nazifah Bt Ahmad Nazri, yang mencatat keputusan cemerlang 2A, 2A-, 1B+ (5P) dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011. Empat orang lagi calon dari sekolah ini yang mencapai keputusan 5P ialah Nazatul Aqilah Bt Mohd Salleh, Nor Asyikin Bt Hasan Adali, Nur Khaleedah Bt Ismail dan Zulkamal Bin Ahmad Nawawi. PNGK Keputusan STPM 2011 telah menunjukkan peningkatan, iaitu 2.90 (+0.08) berbanding 2.82 pada tahun 2010 dan 1.98 pada tahun 2009.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat pelajar-pelajar lain untuk mempertahankan dan meneruskan kecemerlangan sekolah.

 
UJIAN SELARAS 1 & CUTI PERTENGAHAN PENGGAL PERTAMA PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 05 March 2012 10:36
logo_sis

Mulai hari ini, 5 Mac hingga 9 Mac 2012, semua pelajar akan menduduki Ujian Selaras 1 bagi semua matapelajaran akademik, I'dadi dan Thanawi. Hari Jumaat, 9 Mac 2012 juga menandakan bermulanya Cuti Pertengahan Penggal Pertama selama 9 hari yang akan berakhir pada hari Ahad, 18 Mac 2012.

Didoakan semoga anda lulus dengan cemerlang dalam ujian ini. Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua pelajar dan diharapkan masa yang terluang akan diisi dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga.
Last Updated on Monday, 05 March 2012 11:05
 
More Articles...
  • PROGRAM MOTIVASI PELAJAR
  • MAKLUMAN CUTI BALIK KAMPUNG
  • KEPUTUSAN PMR 2011
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

Hubungi Kami


KOD SEKOLAH : AXT2001

SEKOLAH IZZUDDIN SHAH,
JALAN SULTAN AZLAN SHAH,
31400 IPOH, PERAK.

TEL : 05-5457925
FAKS: 05-5481018
EMEL: smis@streamyx.com

Detik Peperiksaan



Waktu Solat


Statistik Pelawat

Content View Hits : 54833

Pelawat Atas Talian

We have 4 guests online
Sekolah Izzuddin Shah Ipoh, Powered by Joomla!

valid xhtml valid css